Misi Bantuan Banjir 2014: Kelantan

Bencana banjir yang melanda negeri Kelantan pada Disember 2014 yang lalu telah meragut beberapa nyawa serta turut mengorbankan harta benda bagi kebanyakan mangsa-mangsa yang terlibat. Seperti yang disiarkan di media-media massa, ramai yang tampil memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa-mangsa banjir.

HCM  Engineering Sdn. Bhd. (HCME) dengan kerjasama Roadcare (M) Sdn. Bhd. (RCSB Kelantan) melalui Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan telah menjalankan satu misi bantuan banjir ke daerah Kuala Krai dan Kota Bharu pada 11 dan 12 Februari 2015. Bantuan tersebut diberi kepada staf-staf RCSB yang turut terjejas akibat bencana tersebut. Bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam memulihkan kehidupan seperti sedia kala.

Bantuan disampaikan oleh Pengurus Kanan, Jabatan Keselamatan dan Pengurus, Jabatan Sumber Manusia.